Kenali Penulis



Penulis dan pengelola blog sitikhaddy.blogspot.com merupakan seorang guru pendidikan khas masalah pembelajaran yang telah mendapat latihan pendidikan di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Jitra Kedah. Beliau kini telah menamatkan pengajian selama 5 tahun dalam pengkhususan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Sekolah Rendah sejak bulan Mei 2019. Setelah menjalani temu duga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 pada bulan Julai 2019, beliau juga telah bergraduasi di Universiti Putra Malaysia pada bulan Ogos 2019 yang lepas. Kini, Cikgu Siti sedang berkhidmat di sebuah sekolah kebangsaan yang bertempat di Johor Bahru bermula 04 November 2019.


Tujuan blog ini dibuat adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak info tentang pendidikan, pengalaman  penulis semasa belajar di Institut Pendidikan Guru, resepi yang best, tips kesihatan, dan kisah hidup Cikgu Siti.. Semoga info yang bermanfaat dapat dijadikan pedoman buat pembaca sekalian.


Segala kekurangan daripada penulisan blog ini adalah datang dari diri penulis sendiri. Segala yang baik hanya datang daripada Allah SWT.

Selamat membaca! :)

p/s : Blog ini bukan blog formal ye.. eheks! Blog santai-santai untuk orang yang sempoi jek... hihi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan