Isnin, 21 Oktober 2019

Timeline Pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Tahun 2019

Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SK) Semester 8 Ambilan Jun 2015 

Alhamdulillah setelah berhempas pulas belajar di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman bermula Jun 2014 hingga Mei 2019, kami seramai 18 orang siswa pendidik jurusan Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SK) akhirnya berjaya menamatkan pengajian dengan lancar dan cemerlang. Gambar di atas merupakan gambar kenangan yang ditangkap untuk membuktikan kami sudah tamat belajar dan akan pulang ke kampung masing-masing. Fuh, gambar ni jugak menunjukkan kami dah selesai menghantar kajian (FYP) kepada pensyarah masing-masing..hihi.. Sebab tu muka semua orang banyak senyum je.

Entri kali ini saya ingin berkongsi pengalaman dan timeline batch kami (PISMP AMBILAN JUN 2015) untuk memasuki ke alam perguruan setelah tamat belajar di IPG Kampus masing-masing pada bulan Mei 2019 yang lalu. Timeline pelantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 ini ditulis bagi memudahkan adik-adik junior yang akan tamat belajar pada tahun 2020 dan seterusnya untuk mengetahui dan melihat proses yang korang akan lalui untuk menjadi seorang guru. Saya dengan ikhlas ingin berkongsi kepada semua supaya memudahkan urusan kalian kelak. 

Berikut merupakan timeline / kronologi untuk menjadi seorang guru setelah korang tamat belajar :) :


1)      Tamat Pengajian PISMP

(mei 2019)

2)    Jemputan ke majlis konvokesyen ke-10

(Jun 2019)

3)    Panggilan IV SPP

(24 Jun 2019)

4)    IV SPP bermula

(04 Julai -30 Julai 2019)

5)     Daftar Pengguna di e-graduan

(08 Julai 2019)

6)     Majlis Konvokesyen IPGM ke-10

(19 – 20 Ogos 2019)

7)     Kemas kini maklumat di e-graduan

(29 Ogos 2019)

8)    Hebahan keputusan IV SPP

(05 September 2019)

9)     Hebahan keputusan negeri penempatan di e-graduan

(14 Oktober 2019)

10)  Panggilan Taklimat Penempatan

(31 Oktober – 01 November 2019)

11)   Lapor diri & Taklimat Penempatan di JPN/PPD

(November 2019)

12) Lapor diri di sekolah

(04 November 2019)


1) Tamat Pengajian PISMP ! 

Alhamdulillah.. tiada perkataan lain yang dapat menunjukkan rasa syukur apabila sudah tamat belajar di IPG selama 5 tahun melainkan ALHAMDULILLAH. Pelbagai rintangan, ujian yang telah dihadapi dan akhirnya saya serta kawan-kawan seperjuangan dapat menamatkan pengajian dengan jayanya! Syukur sangat-sangat kerana dipermudahkan urusan sepanjang belajar di IPG. Saya juga bersyukur kerana diberi kawan-kawan yang baik dan sanggup membantu sepanjang di IPG. 

Serius bila difikir balik masa belajar pada semester akhir, saya selalu rasa DOWN dan terfikir adakah saya mampu menamatkan pengajian dan meraih segulung ijazah? Akhirnya semua tanda tanya itu telah diberi jawapan kerana saya telah berjaya melepasi kesemua ujian dan dugaan untuk menjadi seorang graduan daripada IPG. Perkara paling digeruni sepanjang pengajian adalah praktikum, internship, kajian thesis (FYP).. takut sangat kalau tak lulus atau tak siap di saat-saat genting ni...hihi.. Alhamdulillah semuanya selamat disiapkan dengan jayanya. 

So nah!! Saya belanja gambar-gambar saya dan classmates sepanjang 5 tahun di IPG yang berlatar belakangkan pelbagai negeri... hihi


Fuh.. time bentang kajian tindakan. haha alhamdulillah diterima.. hihi

We Love IPDA!

Done Degree Life! Thank you kesayangan saya #classmates5years


2) Jemputan ke Majlis Konvokesyen IPGM Kali Ke-10

Syok lepas habis belajar, then dapat surat jemputan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen IPGM Kali ke-10 di UPM, Serdang. 


macam ni lah rupa surat jemputan konvo.. eheh


3) Panggilan IV SPP 

Alhamdulillah tak lama lepas tu, pada bulan Jun 2019 jugak, batch kami mendapat panggilan untuk temu duga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41.. Berita ini sangat menggembirakan hati kami! Walaubagaimanapun, kerisauan mula menapak di dalam diri kami.. Kerana IV SPP ini sangat penting dan merupakan urusan hidup dan mati kami.. ceewaah! haha tapi serius, urusan IV ni sangat penting sebab kalau tak lulus IV, tak boleh posting ke sekolah dan kena tunggu setahun kemudian untuk repeat IV SPP yang lain.. hukhuk.. Dalam masa yang sama, kami jugak sangat excited sebab temu duga akan dijalankan pada bulan Julai.. yang mana IV SPP ni awal daripada jangkaan kami. hehe.. Senior sebelum ni IV SPP selepas konvo manakala kami pulak sebelum konvo... 

Alhamdulillah.. oke ni slip panggilan Iv spp hehe

4) IV SPP bermula

Pada awal bulan Julai 2019, IV SPP telah bermula. Pada awalnya IV SPP ini dijalankan di negeri Sabah terlebih dahulu. Kemudian diikuti di negeri di semenanjung iaitu negeri pantai timur, negeri utara dan negeri selatan Malaysia. Pada hujung bulan Julai pula, IV SPP diadakan di negeri Sarawak. Jadi tarikhnya bermula 04 Julai hingga 30 Julai 2019. Okey turn saya pula pada 15 Julai 2019 dan saya telah ditemu duga bertempat di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan. Haaa, kalau nak tahu cerita tentang pengalaman IV SPP, nantikan next entri cikgu siti ya! hehe

5) Daftar Pengguna di e-graduan

Untuk pengetahuan semua, portal e-graduan ini merupakan portal rasmi pihak KPM untuk urusan penempatan para graduan IPG. Oleh itu, semua graduan wajib mendaftar dan mengisi segala maklumat peribadi, pengajian dan etc dalam portal tersebut. Hal ini bagi memudahkan urusan KPM untuk melihat maklumat graduan serta membuat pengunguman tentang penempatan negeri cikgu-cikgu ke sekolah. Jadi, KPM memberi masa kepada graduan untuk mendaftar diri di portal tersebut. 

Pendaftaran dan Pengemaskinian bermula 08 Julai hingga 31 Ogos 2019

6) Majlis Konvokesyen IPGM Kali ke-10

Nah belanja sikit gambar konvokesyen haritu, heeeee! 3 hari Majlis Konvokesyen IPGM berlangsung.. Majlis Konvo ni ikut sidang dan course korang tau! hehe .. Kami haritu konvo di UPM, Serdang. So taknak bebel panjang-panjang nah enjoy gambar tak seberapa daripada saya. hehee

my family~ tak cukup korum~ sobs..

Alhamdulillah... Rezeki dapat Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kelas Pertama..

Siblings + Anak sedara hehe

Sebahagian classmate hahaha! yang lain taktau p mana huks!

7) Kemaskini Maklumat di e-graduan 

Kemaskini maklumat pengajian di egraduan. hehe then tunggu result iv spp keluar pulak! 

Dah dapat trasnkrip ijazah (sebab dah konvo), so cepat-cepat upload dalam ruangan 'Maklumat Pengajian' di egraduan. hehee.. Alhamdulillah setel semua. So, tunggu result iv SPP je lagi.


8) Hebahan Keputusan IV SPP 

Setiap hari menunggu dengan sabar dan tabah, akhirnya result IV SPP keluar!! Pergh bila dah dapat tahu hebahan keputusan IV SPP, dup dap dup dap jantung berdebarr wehh!! Sampaikan takut nak cek sebab takut TAK LULUS! Meroyan sesorang, tiba-tiba adik volunteer nak tolong cekkan result. And Alhamdulillah LULUS! Ya Allah syukur sangat-sangat sampai menitis air mata. hehe!




9) Hebahan Keputusan Penempatan di egraduan


Lebih kurang 6 minggu / sebulan lebih menunggu keputusan penempatan (dari tarikh hebahan result iv spp), alhamdulillah akhirnya keluar juga.. Syukur sangat kerana segala urusan dipermudah.. Untuk mengetahui keputusan penempatan negeri, korang boleh cek di portal egraduan bahagian 'Semakan Penempatan' hehe..





10) Panggilan Taklimat Penempatan

Sekarang masih belum keluar lagi surat / panggilan taklimat penempatan. Bagi negeri Johor, hebahan taklimat penempatan / nama sekolah akan dikeluarkan pada 30 Oktober 2019. Hal ini bagi membolehkan pihak JPN Johor mengadakan mesyuarat untuk memasukkan nama-nama guru novis yang akan mendaftar diri pada 04 November 2019.


11) Lapor diri dan taklimat penempatan di JPN/PPD 

Tarikh spesifik untuk mendaftar diri sudah pun diketahui. Taklimat penempatan di JPN/PPD akan diadakan pada 04 november 2019. Semakan nama sekolah akan diumumkan dalam laman web JPN Johor (bagi negeri Johor).

Jangan lupa untuk membawa segala borang-borang yang dikehendaki semasa melapor diri di JPN/PPD :)

Kalau boleh, borang atau dokumen-dokumen penting perlu dibuat sebanyak mungkin salinan untuk kegunaan di masa akan datang.

So masa hari kejadian iaitu 04 November 2019, kitorang yang PPD JB lapor diri jam 8 pagi then taklimat sampai tengahari. Lepas habis taklimat kitorang pergi ke sekolah masing-masing untuk melapor diri. Nah belanja gambar masa duk di PPD JB tempoh hari😋🥰

       Penyerahan guru baru kepada guru besar sekolah 😁


12) Lapor diri di sekolah masing-masing

Sebagaimana yang telah sedia maklum pada surat penempatan, semua guru novis melaporkan diri di sekolah pada 04 November 2019. 


Alhamdulillah, setakat ini sahaja perkongsian yang dapat saya ceritakan kepada kalian semua. Diharap info ini berguna buat kalian pada masa akan datang. hehe..

Doakan batch kami agar dipermudah segala urusan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah, cemerlang bukan sahaja di dunia malah di akhirat.

Terima kasih kerana sudi membaca :)



2 ulasan: